Blogger Widgets

Rabu, 12 Disember 2012

PERIBAHASA MELAYU


TELUR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG




  MALU-MALU KUCING





ANAK KUDA BULU KASAP

KOLEKSI CERITA TELADAN



HIKAYAT SANG KANCIL DAN BUAYA




SANG GAGAK YANG BIJAK



 

ARNAB YANG SOMBONG


Selasa, 11 Disember 2012

Kelebihan Menggunakan Peta Minda dalam Penulisan Karangan UPSR


Kebanyakan murid sekolah rendah mempunyai masalah untuk menulis karangan. Mereka sukar untuk mencari dan juga mengembangkan idea semasa menulis karangan. Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid semasa menulis karangan ialah

  • Kekurangan idea
  • Kosa kata terhad
  • Isi berulang

Oleh itu, guru berperanan untuk merangsang minda  murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan agar pembelajaran berlangsung 
dengan berkesan. Guru boleh menggunakan PETA MINDA bagi membolehkan murid mengembangkan isi untuk menghasilkan karangan mereka dengan baik. Peta minda membolehkan murid untuk mencari idea dan merangka dengan baik sebelum mula menulis.  Kelebihan menggunakan PETA MINDA dalam menghasilkan karangan ialah: 


  • Idea yang diperolehi dapat disusun dengan lebih baik.
  • Murid mampu kembangkan isi dengan baik.
  • Murid dapat menyenaraikan peribahasa yang bersesuaian dengan tajuk karangan.
  • Rangka karangan dapat dilihat dengan jelas.
  • Murid dapat menjimatkan masa.
  • Murid tidak mengulang isi yang sama dalam karangan yang dihasilkan.
  • Murid dapat memilih idea yang sesuai untuk dimasukkan dalam karangan.
  • Murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif.

 Antara contoh peta minda yang boleh digunakan untuk menulis karangan UPSR :


Contoh peta minda karangan jenis cerita
Contoh peta minda karangan jenis fakta
Contoh peta minda karangan jenis temuramah/dialog
Contoh peta minda karangan jenis fakta
Peta minda sememangnya mampu membantu murid untuk menghasilkan karangan yang bermutu. Secara tidak langsung turut membantu guru untuk mengajar dengan mudah. :)

Isnin, 3 Disember 2012

PENANDA WACANA

Isikan tempat kosong dengan penanda wacana yang sesuai.

  • Oleh sebab itu
  • Selain itu
  • Sungguhpun begitu
  • Walau bagaimanapun

Salmah menjual pelbagai jenis tudung. _______________________, Salmah juga menjual pakaian.

Rahim seorang murid pintar. __________________________, dia telah dipilih sebagai Tokoh Murid di sekolahnya.

Pak Ali merupakan orang yang paling kaya di kampungnya. ________________________, dia seorang pemurah dan berhati mulia.

Perompak bank itu telah melarikan diri. __________________________, pihak polis berjaya menangkap mereka. 

BERIKAN NAMA YANG BETUL

Lihat objek di bawah. Namanya sudah diterbalikkan. Cuba berikan nama yang betul.

1.  LKUUT  =  ________________


2.   ETRMOPKU IRAB  =  _______________________




3.   GIINBAK AARMBG  =  _______________________