Khamis, 13 Disember 2012
Rabu, 12 Disember 2012
Selasa, 11 Disember 2012
Kelebihan Menggunakan Peta Minda dalam Penulisan Karangan UPSR
Kebanyakan murid sekolah rendah mempunyai masalah untuk menulis karangan. Mereka sukar untuk mencari dan juga mengembangkan idea semasa menulis karangan. Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid semasa menulis karangan ialah
- Kekurangan idea
- Kosa kata terhad
- Isi berulang
Oleh itu, guru berperanan untuk merangsang minda murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan agar pembelajaran berlangsung
dengan berkesan. Guru boleh menggunakan PETA MINDA bagi membolehkan murid mengembangkan isi untuk menghasilkan karangan mereka dengan baik. Peta minda membolehkan murid untuk mencari idea dan merangka dengan baik sebelum mula menulis. Kelebihan menggunakan PETA MINDA dalam menghasilkan karangan ialah:
Antara contoh peta minda yang boleh digunakan untuk menulis karangan UPSR :
- Idea yang diperolehi dapat disusun dengan lebih baik.
- Murid mampu kembangkan isi dengan baik.
- Murid dapat menyenaraikan peribahasa yang bersesuaian dengan tajuk karangan.
- Rangka karangan dapat dilihat dengan jelas.
- Murid dapat menjimatkan masa.
- Murid tidak mengulang isi yang sama dalam karangan yang dihasilkan.
- Murid dapat memilih idea yang sesuai untuk dimasukkan dalam karangan.
- Murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif.
Antara contoh peta minda yang boleh digunakan untuk menulis karangan UPSR :
Contoh peta minda karangan jenis cerita |
Contoh peta minda karangan jenis fakta |
Contoh peta minda karangan jenis temuramah/dialog |
Contoh peta minda karangan jenis fakta |
Peta minda sememangnya mampu membantu murid untuk menghasilkan karangan yang bermutu. Secara tidak langsung turut membantu guru untuk mengajar dengan mudah. :)
Isnin, 3 Disember 2012
PENANDA WACANA
Isikan tempat kosong dengan penanda wacana yang sesuai.
Salmah menjual pelbagai jenis tudung. _______________________, Salmah juga menjual pakaian.
Rahim seorang murid pintar. __________________________, dia telah dipilih sebagai Tokoh Murid di sekolahnya.
Pak Ali merupakan orang yang paling kaya di kampungnya. ________________________, dia seorang pemurah dan berhati mulia.
Perompak bank itu telah melarikan diri. __________________________, pihak polis berjaya menangkap mereka.
- Oleh sebab itu
- Selain itu
- Sungguhpun begitu
- Walau bagaimanapun
Salmah menjual pelbagai jenis tudung. _______________________, Salmah juga menjual pakaian.
Rahim seorang murid pintar. __________________________, dia telah dipilih sebagai Tokoh Murid di sekolahnya.
Pak Ali merupakan orang yang paling kaya di kampungnya. ________________________, dia seorang pemurah dan berhati mulia.
Perompak bank itu telah melarikan diri. __________________________, pihak polis berjaya menangkap mereka.
BERIKAN NAMA YANG BETUL
Lihat objek di bawah. Namanya sudah diterbalikkan. Cuba berikan nama yang betul.
1. LKUUT = ________________
2. ETRMOPKU IRAB = _______________________
3. GIINBAK AARMBG = _______________________
Jumaat, 30 November 2012
CIPTA PERKATAAN BAHARU
D I S I P L I N
Berapa banyakkah perkataan yang dapat anda cipta daripada perkataan di atas?
Cubalah ....
1. _______________________________
2. _______________________________
3. _______________________________
4. _______________________________
5. _______________________________
6. _______________________________
7. _______________________________
8. _______________________________
9. _______________________________
10. _______________________________
MISTERI HURUF 'T'
Cuba anda selesaikan soalan berikut. Semua jawapan bermula dengan huruf T.
1. Perbuatan ini dilakukan dengan menggunakan kaki.
T___________
2. Sejenis senjata yang digunakan untuk menikam pada zaman dahulu.
T___________
3. Perkataan ini sama ertinya dengan fitnah.
T___________
4. Sifat buruk yang tidak pernah puas hati dan ingin mendapat lebih banyak.
T___________
5. Biasanya digunakan untuk membuat kuih-muih.
T___________
Sabtu, 24 November 2012
AYAM OH AYAM
Banyak peribahasa dan perumpamaan Melayu yang dikaitkan dengan ayam.
Cuba selesaikannya.
1. ___________________ Ayam
2. ___________________ Ayam
3. ___________________ Ayam
4. ___________________ Ayam
5. ___________________ Ayam
6. ___________________ Ayam
7. ___________________ Ayam
8. ___________________ Ayam
BAHASA DIRAJA
Negara kita mempunyai raja atau sultan. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengetahui serba sedikit bahasa yang mereka gunakan, walaupun sama ertinya dengan bahasa rakyat biasa.
Apa kata anda cuba cari perkataan yang sama ertinya dengan bahasa istana di bawah ini.
1. Gering = ________________________________
2. Santap = ________________________________
3. Titah = _______________________________
4. Berkenan = ______________________________
5. Junjung Kasih = _____________________________
6. Beta = ______________________________
7. Dukacita = _____________________________
8. Bersemayam = ____________________________
9. Murka = ____________________________
10. Beradu = ______________________________
Selasa, 20 November 2012
BAHASA MALAYSIA KSSR TAHUN 3
Berikut adalah bahan-bahan yang boleh dikongsi bersama-sama untuk Bahasa Malaysia KSSR Tahun 3 yang akan dimulakan pada tahun 2013.
Dokumen Standard Bahasa Malaysia SK Tahap 1
Panduan Guru Bahasa Malaysia SK Tahun 3
Dokumen Standard Bahasa Malaysia SK Tahap 1
Panduan Guru Bahasa Malaysia SK Tahun 3
Langgan:
Catatan (Atom)