Khamis, 13 Disember 2012
Rabu, 12 Disember 2012
Selasa, 11 Disember 2012
Kelebihan Menggunakan Peta Minda dalam Penulisan Karangan UPSR
Kebanyakan murid sekolah rendah mempunyai masalah untuk menulis karangan. Mereka sukar untuk mencari dan juga mengembangkan idea semasa menulis karangan. Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid semasa menulis karangan ialah
- Kekurangan idea
- Kosa kata terhad
- Isi berulang
Oleh itu, guru berperanan untuk merangsang minda murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan agar pembelajaran berlangsung
dengan berkesan. Guru boleh menggunakan PETA MINDA bagi membolehkan murid mengembangkan isi untuk menghasilkan karangan mereka dengan baik. Peta minda membolehkan murid untuk mencari idea dan merangka dengan baik sebelum mula menulis. Kelebihan menggunakan PETA MINDA dalam menghasilkan karangan ialah:
Antara contoh peta minda yang boleh digunakan untuk menulis karangan UPSR :
- Idea yang diperolehi dapat disusun dengan lebih baik.
- Murid mampu kembangkan isi dengan baik.
- Murid dapat menyenaraikan peribahasa yang bersesuaian dengan tajuk karangan.
- Rangka karangan dapat dilihat dengan jelas.
- Murid dapat menjimatkan masa.
- Murid tidak mengulang isi yang sama dalam karangan yang dihasilkan.
- Murid dapat memilih idea yang sesuai untuk dimasukkan dalam karangan.
- Murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif.
Antara contoh peta minda yang boleh digunakan untuk menulis karangan UPSR :
Contoh peta minda karangan jenis cerita |
Contoh peta minda karangan jenis fakta |
Contoh peta minda karangan jenis temuramah/dialog |
Contoh peta minda karangan jenis fakta |
Peta minda sememangnya mampu membantu murid untuk menghasilkan karangan yang bermutu. Secara tidak langsung turut membantu guru untuk mengajar dengan mudah. :)
Isnin, 3 Disember 2012
PENANDA WACANA
Isikan tempat kosong dengan penanda wacana yang sesuai.
Salmah menjual pelbagai jenis tudung. _______________________, Salmah juga menjual pakaian.
Rahim seorang murid pintar. __________________________, dia telah dipilih sebagai Tokoh Murid di sekolahnya.
Pak Ali merupakan orang yang paling kaya di kampungnya. ________________________, dia seorang pemurah dan berhati mulia.
Perompak bank itu telah melarikan diri. __________________________, pihak polis berjaya menangkap mereka.
- Oleh sebab itu
- Selain itu
- Sungguhpun begitu
- Walau bagaimanapun
Salmah menjual pelbagai jenis tudung. _______________________, Salmah juga menjual pakaian.
Rahim seorang murid pintar. __________________________, dia telah dipilih sebagai Tokoh Murid di sekolahnya.
Pak Ali merupakan orang yang paling kaya di kampungnya. ________________________, dia seorang pemurah dan berhati mulia.
Perompak bank itu telah melarikan diri. __________________________, pihak polis berjaya menangkap mereka.
BERIKAN NAMA YANG BETUL
Lihat objek di bawah. Namanya sudah diterbalikkan. Cuba berikan nama yang betul.
1. LKUUT = ________________
2. ETRMOPKU IRAB = _______________________
3. GIINBAK AARMBG = _______________________
Langgan:
Catatan (Atom)